cara 2. web lain
Cara2 Nak Upload Gambar
Ok kengkawan, ni aku nak ajaq bab upload gambar ke photobucket utk kengkawan masukkan link gambar2 yg diingini ke forum kita ni.Masih ramai kawan2 kita yg kurang arif. So aku cuba membantu setakat yg boleh.

Memula korang masuk ke web "WWW.PHOBUCKET.COM". Interface web tu begini :-

Kendian korang register dulu sebagai member (PERCUMA). Bila dah siap register mengikut prosedur yg diberikan (ala cam reg email free kat yahoo tu), korang login semula menggunakan ID (Username) & PASSWORD yang korang telah tetapkan (kat penjuru kiri atas skrin). Kemudian click pada butang "LOGIN" . Bila dh login korang akan msk ke interface begini plak :-

Seterusnya korang klik pada butang "BROWSE" (kanan sebelah atas skrin), satu "WINDOWS POP-UP" akan muncul di skrin utk korang pilih gambar dari folder PC korang utk diuploadkan ke dalam photobucket. Pop-up nye begini :

Selepas dah pilih gambar yg hendak di upload, korang klik pada butang "SUBMIT" .. photobucket akan mengambil masa beberapa saat/minit utk selesaikan proses upload bergantung pada kelajuan talian internet memasing (di harap bersabar)

Apabila proses upload dh selesai satu message mengatakan *Photos successfully uploaded* akan timbul di skrin. Gambar yg berjaya di upload akan timbul di bawah bersaiz thumbnail (bukan saiz sebenar), utk tgk saiz sebenar klik saja pada gambar tersebut. Ok apabila telah selesai upload gambar, skrin nya lebih kurang begini :-

Dalam gambar ni korang bleh nampak ada 4 gambar yang aku telah upload. Bawah gambar tu ada 3 URL, tgk yg ada tulis perkataan IMG. Korang klik pada ruangan sebelah utk highlight (hitamkan) link tersebut dan tekan butang "CTRL+C" pada keyboard untuk copy link tersebut. Dalam masa yg sama korang dh buka ruang "Post New Topic" kat forum di browser yang lain, di situ korang taip apa yg nak & masa nk show gambar korang tekan CTRL+V untuk paste (masukkan) link yg korang copy dr photobucket tadi. Sepatutnya satu link lebih kurang begini akan kluar "<.IMG>http://img.photobucket.com/albums/v670/zaki_b13/Tutorial%20Photobucket/page1.jpg" Kendian cek post jadi ke x dgn menekan butang preview dahulu, kalau keluar gambar, jadikla tu. Harap2 tu korang faham apa yg aku cuba terangkan, semoga dapat membantu & Selamat mencuba yee.

NOTE : Selain tekan CTRL+C utk copy & CTRL+V utk paste, leh juga guna cara ni : tekan butang kanan mouse di link IMG tu, pilih opsyen COPY. Pastu p pada ruangan utk post msg kat forum, klik butang kanan kat situ & pilih opsyen PASTE utk memasukkan link IMG yg telah di copy tadi.. dapat tak?