jangan mare ar tuantanah baru gempak cikit..As salam smue olskooler...
sy dpt invitation dr mmbe yg kije kat karangkraf utk event autoshow yg diorg nk buat 27-29 Januari 2012 ni.....
ade sesape yg berminat kah??
Organizer suggest kite choose 1 ai antara 27-29 januari sbb die limit kan bilangan kete yg terlibat....
Papehal bley contact sy atau en firdaus yg nombor nye ade kat attached surat kat bwh ni.....
Rujukan : KMK/BM/12-11/003/KARNIVAL
Tarikh : 10 Januari 2012
NURNISYAH BT MOHD KAMARUZZAMAN
KELAB KERETA LAMA / OLSKOOL.ORG
Assalamualaikum w.b.t
JEMPUTAN MENYERTAI AUTOSHOW SEMPENA KARNIVAL BUKU KARANGKRAF 2011
Salam dari Kumpulan Media Karangkraf,
Seperti mana pihak tuan sedia maklum, Kumpulan Media karangkraf akan menganjurkan Karnival Buku Karangkraf 2012 (dari 27-29 Januari 2012). Ini merupakan kali ke-empat berturut-turut dan mengikut rekod mencapai sambutan hebat dengan kehadiran sekitar 100 ribu pengunjung. Penganjurannya bertepatan dengan hasrat kerajaan yang mahu menjadikan masyarakat Malaysia berbudaya membaca.
2. Antara aktiviti yang bakal berlaku pada Karnival Karangkraf ialah Autoshow pelbagai jenis kelab kereta dan Konvoi Pelbagai Kereta Mewah. Pihak kami telah merancang akan mengadakan Konvoi pelbagai kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dengan diiringi oleh Polis sempena pelancaran Majalah terbaru kami, AUTOMASKULIN. Pihak kami juga ingin bekerjasama dengan pihak tuan agar dapat sama-sama mempamerkan koleksi kereta-kereta lama pada Karnival Buku ini.
3. Sehubungan dengan itu,pihak kami ingin menjemput kelab kereta lama untuk turut sama dalam memeriahkan lagi dan dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan acara ini.
Jadual acara :
Tarikh : 27,28 & 29 Januari 2012
Masa : 9.00 pg – 9.00 malam
Tempat : Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Seksyen 15, Shah Alam Selangor.
Bilangan
Kenderaan : Bergantung pada kelab
Sekian, kerjasama dari pihak tuan sangat kami sanjung tinggi dan didahului dengan jutaan terima kasih.
B/p Kumpulan Media Karangkraf
Mohd Firdaus Mamat
Event Management
Kumpulan Media Karangkraf
m.firdaus@karangkraf.com.my013-7702630
Tel : 03 5101 7558
Faks : 03 5101 7566
p/s: hope ade sambutan dr olskooler.... sy bantu hebah kn je.....