It is currently Tue May 22, 2012 7:37 pm



Welcome
Selamat Datang Ke Forum KELAB KERETA LAMA

Anda belom mendaftar sebagai pengguna sah forum ini..
Apa yang anda perlu buat sekarang hanyalah RegisteR.
Cepat dan mudah..

IKUT LANGKAH BERKENAAN BG YG BARU NK REGISTER
1. Anda hanya perlu click Register dan mengisi detail information yg diperlukan dan Submit.
2. Confirmation Email akan dihantar ke email anda.
3. Buka email anda dan click confirm.
4. Kemudian Masuk Salam Perkenalan dan Buat Introduction Diri anda.


PERINGATAN: SELEPAS SHJ ANDA REGISTER..DIHARAP ANDA TERUS KE RUANGAN SALAM PERKENALAN UTK INTRO DIRI ANDA..GAGAL BERBUAT DEMIKIAN ACCOUNT ANDA AKAN DI SCRAP TANPA NOTIS!
Terima Kasih


Post new topic Reply to topic  [ 7 posts ] 
Author Message
 Post subject: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Mon Dec 12, 2011 3:15 pm 
Offline
King of Wangan
User avatar

Joined: Wed Nov 11, 2009 10:00 am
Posts: 5218
Location: GERIQ PERAQ N QULIM QEDAH MELIZIA
kalau dah ada/astrok mintak MOD delete jer.

Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor.

Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari.

Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948.

Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.

Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.

2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.

Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan.

Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.


Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952.

Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dan jumlah penonton terbesar dicatatkan pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer.

Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan.

Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim.

Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar dan melalui bukit di Jalan Gertak Merah.

Image
1960 Johore Grand Prix

Image

Image
Freddy Pope | Jaguar, 1953 Johore Grand Prix

Image
Au Nai Fai | Jaguar,1953 Johore Grand Prix

Grand Prix Johore tidak terlepas dari tragedi apabila pada 1963, pelumba Yong Kee Nam yang mewakili Malayan dan dikenali sebagai Fatso Yong menemui ajal selepas kereta Jaguar D-Type yang dipandu dengan kelajuan 200km/j merempuh tiang dan terbelah dua.

Image

Image
Laluan lurus sepanjang Jalan Ayer Molek pula membolehkan setiap pelumba melakukan pecutan sehingga ke garisan start/finish di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru.

Harga tiket pula ditetapkan pada harga 5 Straits Dollars dan tiket boleh dibeli di Singapura dan Johor Bahru.

Kebanyakan yang menyertai perlumbaan ialah dari golongan berada dan hartawan dari Singapura dan Malaysia.

_________________
my la ushar2私の甘いハードスピ
jom tonton rnacangan TV antrbngsa stim(.)(.)


Top
 Profile  
 
 
 Post subject: Re: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Mon Dec 12, 2011 3:19 pm 
Offline
Twin Weber

Joined: Wed Feb 11, 2009 9:03 am
Posts: 907
tq abg akim share sejarah yg menarik ni....tak pernah tau pun circa 50s dah aktif race di Malaysia ni...


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Mon Dec 12, 2011 10:06 pm 
Offline
Pasang Roll Cage
User avatar

Joined: Thu Sep 04, 2008 5:19 pm
Posts: 2609
idup lg ka racer2 ni... nice info

_________________
PUT THE FORCE IN YOUR REAR


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Mon Dec 12, 2011 10:28 pm 
Offline
Kauntim harga keta
User avatar

Joined: Mon Oct 24, 2011 11:14 am
Posts: 123
Location: Pendang ~ Gombak ~ Kuala Klawang
perghhh !! hebat sungguh rider2 ni ..

_________________
orang lama jiwa pon lama ..
pelan pon sampai jugak 70/80 km/j ..
on call 012.546.9989 online kat sini juga


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Tue Dec 13, 2011 1:38 am 
Offline
Kena Saman JPJ
User avatar

Joined: Fri Jul 15, 2011 12:24 am
Posts: 3086
terbaik lah..abg akim,xsangka kt mlysia ada jgk race mcm ni..


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Tue Dec 13, 2011 12:33 pm 
Offline
Baru Settle Saman
User avatar

Joined: Wed Aug 20, 2008 7:37 pm
Posts: 3859
pernah tgk kt astro (history channel) pasal grand prix nie...

tp mcm tu dh masuk era 60 dan 70'an..

_________________
Datsun Skyline 1979
Subaru Hardtop 1980
Ford Laser Sedan 1981


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sejarah Grand Prix pertama di Tanah Melayu
PostPosted: Tue Dec 13, 2011 9:18 pm 
Offline
King of Wangan
User avatar

Joined: Wed Nov 11, 2009 10:00 am
Posts: 5218
Location: GERIQ PERAQ N QULIM QEDAH MELIZIA
AidilBest@25 wrote:
pernah tgk kt astro (history channel) pasal grand prix nie...

tp mcm tu dh masuk era 60 dan 70'an..

70'an kali yang ke berapa dah tu..
tengah mencari info..siapa yang mula2 wujudkan dunia perkumbaan ni..ada sapa tau..

_________________
my la ushar2私の甘いハードスピ
jom tonton rnacangan TV antrbngsa stim(.)(.)


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 7 posts ] 


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
suspicion-preferred