It is currently Tue May 22, 2012 7:57 pm



Welcome
Selamat Datang Ke Forum KELAB KERETA LAMA

Anda belom mendaftar sebagai pengguna sah forum ini..
Apa yang anda perlu buat sekarang hanyalah RegisteR.
Cepat dan mudah..

IKUT LANGKAH BERKENAAN BG YG BARU NK REGISTER
1. Anda hanya perlu click Register dan mengisi detail information yg diperlukan dan Submit.
2. Confirmation Email akan dihantar ke email anda.
3. Buka email anda dan click confirm.
4. Kemudian Masuk Salam Perkenalan dan Buat Introduction Diri anda.


PERINGATAN: SELEPAS SHJ ANDA REGISTER..DIHARAP ANDA TERUS KE RUANGAN SALAM PERKENALAN UTK INTRO DIRI ANDA..GAGAL BERBUAT DEMIKIAN ACCOUNT ANDA AKAN DI SCRAP TANPA NOTIS!
Terima Kasih


Post new topic Reply to topic  [ 7 posts ] 
Author Message
 Post subject: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3..offer price
PostPosted: Tue Feb 07, 2012 11:20 pm 
Offline
Kauntim harga keta

Joined: Thu Mar 04, 2010 12:59 am
Posts: 136
Location: Teluk Intan
Salam semua rakan2 kereta lama..Baik yang sehat,baik yang sakit,baik yang bujang atau yang berbini udah dua dan tiga..
Lama sudah tidak tersua..
Kerna kesibukkan yang telah melanda..
hingga air banjir melimpah sampai ke kepala..
namun harga minyak mentah tak turun2 juga..
Dulu lain kini dah lain..
sampai ada yang perut kempis,udah mula bersambung kain..
Ini ada sebuah cerita..
cerita terjadi di bawah tangga..
bukan tangga tempat ayam dan bapok2 muda..
tapi sekadar cerita buat tersengih kita semua..
Ada pun,telah di riwayatkan oleh seorg penukang kayu yang hebat..hinggakan begitu hebat sampai makan sambal belacan bermangkuk mangkuk..Kisah kehebatan beliau memakan sambal belacan,begitu tersohor sampai ke negara Bangladesh,dimana rakan baik beliau bernama Muhd Rafi Al Husin adalah seorg pemuda berasal daripada negara Bangladesh..
Beliau dan Muhd Rafi Al Husin adalah rakan baik,sewaktu mereka bersama2 belajar kursus masakan membuat kuih talam dan kuih lapis..namun kegembiraan mereka untuk mempelajari masakan kuih2 tersebut,berakhir dengan peristiwa tragis sekali.
Dimana tenaga pengajar mereka iaitu Guru Sulaiman Tampoi,telah terlibat didalam satu kemalangan yang sungguh luar biasa,iaitu dapur tempat mereka belajar telah meletup dengan dahsyat nya sampai kan kepulan asap itu dapat di lihat sampai ke negara Burma utara dan telah mengakibatkan hutan simpan di Endau Rompin mengalami gegaran dan mengalami hujan yang mempunyai rasa kuih talam dan kuih lapis..
Menurut kata tok batin di hutan Endau Rompin itu,beliau dan keluarga begitu panik dengan gegaran yang berlaku namun kerna kehebatan tok batin itu menggunakan kayu2 hutan yang di import khas daripada hutan salji di kutub selatan bagi membuat rumah panjang beliau,rumah beliau terselamat daripada gegaran itu.Ketika kejadian berlaku,beliau sedang berada di dalam tandas terapung ciptaan anak menantu beliau yang kini di khabarkan sedang menyambung pelajaran ke menara gading atas desakan emak mertua dan adik2 ipar beliau.
Lalu hendak dipendekkan cerita,kawan baik anak menantu tok batin yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading iaitu encik Fahme Burger,beliau hendak menjual sport rim import yang datang nya daripada negara Jepun.Oleh itu,marilah kita sama2 menyaksikan gambar2 yang amat ghairah ini..


Image
bukan yang ini yob..ini bapak saudara si Muhd Rafi Al Husin dari Bangladesh...








Image
yang ini adalah ayam tok batin tu..ayam ni dikhabarkan telah diculik oleh tiga org penyamun yang hanya berseluar dalam..
dan dikhabarkan juga,bahawa tok batin hingga kini amat begitu rindu terhadap ayam itu sampaikan najis ayam ini di simpan di dalam balang kaca khas bagi memperingati ayam kesayangan beliau ini..






Image
Yang ini pula ,makanan kegemaran arwah tenaga pengajar masakan kuih talam dan kuih lapis yang terkorban tempoh hari..







Image
ini la budaya sebahagian org kita,asyik membuang sampah merata2 sampai monyet2 dan ungka,semuanya bermuram dengan manusia.."jadi dengan ini,saya mengambil kesempatan,jagalah hutan dan kebersihan bersama,untuk generasi masa hadapan kelak"..ujar Tok Batin itu dengan nada yang kesal disebabkan tahap pemikiran segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab..








Image
Ok..inilah sport rim nya..
Bersaiz 14" dan lebar pula 7"
depan belakang sama saiz semuanya..








Image
Anda boleh melihat bibir2 nya..lebar ke tidak..dan yang pasti,tiada sumbing dan tiada bengkang bengkok







Image
ni gambor bahagian belakang nya...tengok le sendiri yob!!






Image
yang ini tertera saiz nya..depan belakang sama saiz yob..







Image
ini pula tertera buatan dari negara mana...dan yang pasti,ianya tidak dibuat di Jinjang dan di Kepong..



Info tentang Rim ini:

Ianya berlubang(PCD) 114.3
amat sesuai buat kereta2 lama pacuan roda belakang ibarat moto kelab Ostic Teluk Intan iaitu"Janji Tarik Belakang.."
keadaan rim baik dan tiada yang menggores perasaan..
Ianya juga begitu hensem jika dipasang ke kereta yang telah di ubah suai sepenuh nya dan di pandu pula oleh Lisa Surihani atau pun mak janda seksi si Rozita Che Wan..

Harga pula dalam Seribu lebih..dan jika nak lebih bertanya,call aje le yob!!dan jika berlebih2 pula,bakal dicampakkan ke hutan Endau Rompin..

Lokasi barangan ialah di Teluk Intan,Perak dan tahun ini adalah tahun melawat Perak..
No talipon tangan si penjual ialah 012-5646 800..tolong jangan di sms,tak lalu nak membalasnya yob..
Nama si penjual ialah Encik Fahme Burger..

dan akhir kata dan akhir cerita,kuih lapis dan kuih talam yang deme belajor tu,tak sedap langsung..sampaikan kucing teman pun tak memandang nya..
Sekian,Terima Kasih.

_________________
"Yenggei Solenggey?..poi Thu Wanggei..."
Fahme Burger Teluk Intan..


Last edited by fahme burger on Thu Mar 01, 2012 1:01 pm, edited 1 time in total.

Top
 Profile  
 
 
 Post subject: Re: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3
PostPosted: Tue Feb 07, 2012 11:50 pm 
Offline
King of Wangan
User avatar

Joined: Wed Nov 11, 2009 10:00 am
Posts: 5218
Location: GERIQ PERAQ N QULIM QEDAH MELIZIA
wakaka...tread ni sesuai di usulkan untuk pementasan raja lawak musim terakhir rasanya...
betui-betui pelaris la bro fahmi punya story...hehhe

gua BUMP spesel inzal untuk bro FB (Fahme Burger)..!! ngee..~

_________________
my la ushar2私の甘いハードスピ
jom tonton rnacangan TV antrbngsa stim(.)(.)


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3
PostPosted: Wed Feb 08, 2012 12:16 am 
Offline
Pasang Roll Cage
User avatar

Joined: Thu Sep 04, 2008 5:19 pm
Posts: 2609
apoi ooo apoi... ari tu duk cri sgt rim 14, call abam fb cepat, siap ade offset lg tu...

_________________
PUT THE FORCE IN YOUR REAR


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3
PostPosted: Wed Feb 08, 2012 12:20 am 
Offline
Kena Saman JPJ
User avatar

Joined: Fri Jul 15, 2011 12:24 am
Posts: 3086
bapak saudara si Muhd Rafi Al Husin joki RXS rupanya,, :mrgreen: :mrgreen:


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3
PostPosted: Wed Feb 22, 2012 2:41 am 
Offline
Nak pakai olskool

Joined: Fri Jan 20, 2012 9:04 pm
Posts: 24
Location: melaka
wow... hemsemnyer rim ni dah sold ker?

_________________
Addy (wingspeeds) hp:0173923691

OLDSKOOL 4EVER...


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3
PostPosted: Mon Feb 27, 2012 3:03 pm 
Offline
Kauntim harga keta

Joined: Thu Mar 04, 2010 12:59 am
Posts: 136
Location: Teluk Intan
Rim masih ada....

_________________
"Yenggei Solenggey?..poi Thu Wanggei..."
Fahme Burger Teluk Intan..


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: Sport rim 14"X7 offset -9 utk dijual..Pcd 114.3..offer p
PostPosted: Thu Mar 01, 2012 1:02 pm 
Offline
Kauntim harga keta

Joined: Thu Mar 04, 2010 12:59 am
Posts: 136
Location: Teluk Intan
Offer price minggu ini...Rm1450nett sahaja..

_________________
"Yenggei Solenggey?..poi Thu Wanggei..."
Fahme Burger Teluk Intan..


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 7 posts ] 


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
suspicion-preferred